suria

Ambank Derma RM175,000 Di Bawah Program Amal Tahun Baru Cina

KUALA LUMPUR: AmBank Group, melalui kelab sukannya, Kelab AmBank Group (KAG), telah menyumbang RM175,000 untuk Program Amal Tahun Baru Cinanya tahun ini.

Presiden KAG, Aziz Mohd Isa berkata kira-kira 600 kanak-kanak dan belia yang kurang bernasib baik dari pelbagai rumah amal di seluruh negara telah mendapat faedah dari program itu.

Bank itu menyumbang kira-kira RM50,000 kepada 78 kanak-kanak dan belia dari Yayasan Sunbeams Home, Taman Mawar di sini hari ini. Rumah amal itu juga ditelah diberikan wang tunai RM5,000.

"Kanak-kanak dan belia itu diberikan pakaian Tahun Baru Cina, hadiah dan sampul merah yang mengandungi RM150 setiap satu," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau menjelaskan, tahun Naga selalu dikaitkan dengan cita-cita dan minat mendalam dan kami di AmBank Group gembira untuk berkongsi masa yang baik ini dengan kanak-kanak yang kurang bernasib baik," katanya.

Aziz berkata, program yang sama sedang diadakan di Pulau Pinang. Sebelum itu, ia diadakan di Tanjung Malim, Kuching dan Kota Kinabalu pada 14 Januari dengan acara lain akan diadakan di Johor Baharu pada 2 Februari 2012.

"Projek tanggung jawab sosial seperti ini adalah penting di dalam mewujudkan kesedaran mengenai rumah-rumah amal itu dan juga membawa AmBank lebih rapat kepada masyarakat dengan memupuk hubungan yang lebih rapat di kalangan ahli-ahli KAG," katanya.

Sementara itu, Ketua Hal Ehwal Awam Ambank Group, Syed Anuar Syed Ali berkata: "Program hari ini adalah berkaitan dengan melaksanakan tanggung jawab perbankan terhadap masyarakat." - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain