suria

Seks Songsang: Rakyat Perlu Tolak Anwar

KUALA LUMPUR: Rakyat perlu menolak kepimpinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang secara terang mempertikai dan mendakwa undang-undang berkaitan kegiatan seks songsang di negara ini sudah lapuk serta harus dikaji semula.

Bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, kehidupan masyarakat di negara ini akan bergolak sekiranya terus menyokong asas perjuangan seorang pemimpin yang menghalalkan amalan seks songsang.

"Inilah yang menyebabkan saya tidak boleh bersekongkol dengan Anwar. Inilah juga sebab mengapa rakyat Malaysia mesti menolak perjuangan Anwar.

"Kalau LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transeksual) itu nak dihalalkan, saya rasa masyarakat akan bergolak, masyarkat akan berpecah dan saya nampak huru-hara akan berlaku," katanya pada sidang media di kediamannya di sini, Isnin.

Malah Hasan dengan lantang turut mendakwa bahawa pandangan Anwar berhubung isu homoseksual merupakan dasar peribadi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

"Pandangan itu kalau tak salah saya adalah pandangan peribadi dan pandangan asasi yang dipegang oleh Anwar.

"Atas (dasar) itu sahaja pun, (jelas memberi jawapan) kenapa saya tidak sepatutnya bersama dengan Anwar. Pendirian saya sangat sah dan kukuh," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Anwar yang mempertikai undang-undang berkaitan kegiatan seks songsang ketika diwawancara BBC World News, Khamis lalu.

Anwar yang diwawancara menerusi persidangan video di Mumbai, berkata walaupun masyarakat negara ini tidak boleh menerima amalan homoseksual, undang-undang lapuk mengenainya tidak harus digunakan bagi menghukum orang yang tidak bersalah.

Artikel Sebelum

Artikel Lain