suria

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MCA Pada 23 Januari

KUALA LUMPUR: MCA akan mengadakan majlis tahunan rumah terbuka Tahun Baru Cina di Wisma MCA, Jalan Ampang di sini pada 23 Januari.

Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha dalam satu kenyataan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek akan mengetuai pemimpin lain parti itu meraikan Tahun Naga bersama orang awam.

Selain hidangan lazat, program menarik disediakan pada majlis itu seperti tarian naga, tarian singa, wushu dan persembahan kebudayaan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain