Lagi Penyelewengan Dana NFC Didedahkan - Semasa | mStar

Lagi Penyelewengan Dana NFC Didedahkan

PETALING JAYA: Belumpun reda isu skandal projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil sekali lagi didakwa menyalahgunakan dana NFC.

Kali ini, Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli mendakwa keluarga Shahrizat membelanjakan RM593,500 menerusi kad kredit yang dibiayai sepenuhnya melalui dana NFC pada 2009.

Menurut Rafizi, empat ahli keluarga Shahrizat yang memenang jawatan dalam pengurusan NFc membelanjakan sekitar RM122,402 hingga RM182,525 dalam tempoh setahun.

Individu terbabit adalah suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan tiga lagi anak mereka, Wan Shahinur Izran, Wan Izzana Fatimah dan Wan Shahinur Izmir.

Jelas beliau, pendedahan sebegini akan diteruskan sehingga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan sewajarnya terhadap penyelewangan yang berlaku dalam NFC.

"Sehubungan itu, satu laporan polis mengenai perbelanjaan kad kredit oleh keluarga Shahrizat akan dibuat di Balai Polis Dang Wangi pada pukul 2 petang, esok," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Rafizi berkata, laporan polis itu akan dibuat oleh aktivis PKR, Fariz Musa.

Bagaimanapun, Rafizi tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai perbelanjaan tersebut.

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel

Ronaldo, Georgina berkahwin secara senyap?