suria

Muhyiddin Hadiri Mesyuarat Tertutup Umno Sabah

KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri mesyuarat tertutup bersama Badan Perhubungan Umno Sabah dan Jawatankuasa Barisan Nasional (BN) Negeri malam Isnin.

Muhyiddin, yang tiba pada pukul 7.00 malam, diiringi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman untuk menghadiri majlis makan malam tertutup sebelum mesyuarat itu bermula di Bilik Persidangan, Bangunan Perhubungan Umno Negeri Sabah.

Mesyuarat yang bermula pukul 8.00 malam itu, turut dihadiri dua Naib Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Pada Selasa, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno, dijadual menghadiri beberapa majlis bersama rakyat di Semporna dan Tawau. Beliau turut dijangka menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada mereka yang layak. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain