suria

Kawasan Rehat Ulu Bernam Arah Selatan Ditutup Esok

KUALA LUMPUR: Kawasan Rehat dan Rawat (RSA) Ulu Bernam arah selatan di KM298.80 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) akan ditutup antara 8 pagi hingga 5 petang Selasa untuk kerja-kerja penyenggaraan.

PLUS Malaysia Sdn Bhd dalam satu kenyataan pada Isnin menasihatkan pengguna lebuh raya menggunakan Hentian Sebelah Behrang (arah selatan) di KM382.2 atau RSA Tapah (arah selatan) di KM331.2 jika mereka perlu berhenti rehat atau untuk hal-hal lain.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi PLUSLine di 1-800-88-0000. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain