suria

Dagangan Saham Proton, DRB-Hicom Digantung Sehingga Pengumuman Korporat

KUALA LUMPUR: Dagangan saham pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd, dan konglomerat, DRB-Hicom Bhd, digantung dari pukul 9 pagi hingga 5 petang Isnin sehingga dibuat satu pengumuman.

Syarikat-syarikat itu tidak memberikan butiran di dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia pada Isnin.

DRB-Hicom meminta dilakukan penggantungan dagangan itu sambil menyatakan ia akan mencadangkan satu eksersais korporat yang melibatkan satu transaksi yang sangat besar.

Pada minggu lepas, Khazanah Nasional Bhd, cabang pelaburan kerajaan, dilaporkan akan mengumumkan pada Isnin bahawa DRB-Hicom mendapat bidaan untuk memiliki kepentingan 42.7 peratusnya di dalam Proton, pada harga jualan yang dikatakan RM6 sesaham pada pertimbangan keseluruhan RM1.4 bilion. Saham Proton ditutup pada harga RM5.18 sesaham pada Jumaat manakala DRB-Hicom pada harga RM2.17. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain