suria

Pengarah Kastam KLIA Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Pengarah Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Datuk M. Govinden meninggal dunia pada Sabtu.

Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf ketika dihubungi Bernama mengesahkan mendiang meninggal dunia pada 9 malam Sabtu. "Saya belum tahu sebab-sebab kematian beliau. Jasad mendiang akan dibawa dari Hospital Selayang ke rumahnya di Brickfields malam ini," katanya.

Beliau berkata, jasad Govinden mungkin dibawa ke kampung mendiang di Alor Setar, Kedah untuk disemadikan pada Ahad. - BERNAMA

Artikel Lain