suria

Lima Keluarga Hilang Tempat Tinggal Dalam Kebakaran Di Sepanggar

KOTA KINABALU:Seorang cedera ringan dalam kebakaran yang menyebabkan lima keluarga hilang tempat tinggal di Sepanggar dekat sini, awal hari Sabtu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendy Ramin berkata kebakaran di kampung air di Kampung Gentisan itu memusnahkan lima rumah papan.

"Kami menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.58 pagi dan empat jentera dengan 27 anggota berjaya mengawal kebakaran pada pukul 5.45 pagi. Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 7.26 pagi," katanya ketika dihubungi.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.

Mohd Affendy berkata Unit Bomba dan Penyelamat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) turut terlibat dalam operasi memadamkan kebakaran itu. - BERNAMA

Artikel Lain