suria

Beku Aset NFC Bukti Kerajaan Akur Desakan Pembangkang - Anwar

ALOR SETAR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan kerajaan membekukan aset Pusat Fidlot Nasional (NFC) merupakan hasil daripada desakan dan pendedahan berterusan Pakatan Rakyat.

Menurut beliau, kerajaan akhirnya akur dengan gesaan rakyat yang ingin mengetahui mengenai kedudukan sebenar dakwaan skandal pengurusan kewangan NFC.

"Bayangkan jika tanpa Pakatan Rakyat, tanpa suara giigh anak-anak muda Pakatan Rakyat serta tanpa bantahan menyeluruh oleh rakyat.

"Kalau kita serah kepada Umno, MCA, MIC, Gerakan dan PPP... apakah tuan-tuan fikir akan ada tindakan (terhadap NFC)?

"Umno dan BN tidak boleh diharapkan untuk menjaga khazanah negara ini," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3 di sini, Sabtu.

Selain itu Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak terpaksa akur dengan pembongkaran pembangkang yang sebelum ini disifatkan sebagai fitnah.

"Tindakan ini (beku aset) diambil kerana kita, mula-mula mereka serang kita. Mereka kata kita fitnah..fitnah..fitnah. Namun akhirnya terbongkar dan hari ini Perdana Menteri kata beku.

"Kalau fitnah buat apa beku? Ini bermakna suara rakyat suara keramat," katanya.

Beliau berkata demikian merujuk kepada pengumuman Najib bahawa kerajaan membekukan kesemua aset NFC sehingga siasatan berhubung dakwaan penyelewengan siap sepenuhnya.

Artikel Lain