suria

Pemandu, Kelindan Maut Lori Bawa Daging Beku Rempuh Pokok

SETIU: Seorang pemandu lori dan kelindannya maut apabila lori mereka yang sarat membawa daging beku terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di Kilometer 54 Jalan Kuala Terengganu - Kota Baharu, awal hari Sabtu.

Mohamad Noor Musa, 33, dan kelindannya, Abdul Samad Sarpo, 43, mati di tempat kejadian.

Kejadian pada pukul 6.50 pagi dalam keadaan hujan lebat itu menyebabkan Mohamad Noor yang berasal dari Jalan Parit Ibrahim, Pontian Besar, Johor dan Abdul Samad dari Kampung Penerok, Kukup, Johor tersepit dalam lori itu dan mayat mereka terpaksa dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat.

Ketua Polis Daerah Setiu DSP Rohaizat Abd Ami berkata lori yang dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kelantan itu dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik serta melanggar sebatang pokok di tepi kanan jalan.

Mayat mereka dihantar ke Hospital Setiu untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi di sini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain