suria

Panel Lima Hakim Mahkamah Persekutuan Dengar Kes Rayuan

PUTRAJAYA: Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria mengumumkan berkuatkuasa mulai bulan ini, semua rayuan kes jenayah dan sivil di Mahkamah Persekutuan akan didengar oleh korum lima hakim.

Beliau berkata perubahan kepada bilangan hakim itu diubat bertujuan menambah baik kualiti penghakiman dan keputusan.

Ketua Hakim Negara membuat pengumuman itu dalam ucapannya di Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, Sabtu.

Arifin berkata, mulai Mac tahun ini, permohonan untuk kebenaran merayu akan juga didengar oleh panel lima hakim Mahkamah Persekutuan, dan bukan tiga sebagaimana biasa.

Bagaimanapun, terpulang kepada budibicara mahkamah menyediakan panel lima atau sembilan hakim bagi mendengar rayuan terpilih, terutama yang melibatkan isu-isu perlembagaan yang rumit.

Dalam ucapan semasa kenaikan pangkatnya September lepas, Arifin berikrar untuk terus mempertingkat kecekapan badan kehakiman di semua peringkat dan menambah baik kualiti keputusan mahkamah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain