suria

Polis Cari Tiga Saksi Penting Kes Penipuan RM1.55 Juta

KUALA LUMPUR: Polis sedang mencari tiga orang lelaki yang merupakan saksi penting untuk hadir ke mahkamah berkaitan satu kes penipuan melibatkan kerugian RM1.55 juta pada tahun 2004.

Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul dalam satu kenyataan pada Khamis berkata mereka ini diperlukan untuk menghadiri perbicaraan pada Isnin dan Selasa ini serta pada 20 hingga 22 Feb nanti di Mahkamah Majistret Jalan Duta.

Mereka terdiri Ng Kam Onn, 47, beralamat 693, Lawan Kuda Baru, Gopeng, Perak dan Long Chin Fah, 66, dari Regat Tasek Timur 15, off Jalan Tasek, Ipoh, Perak, dan Lee Kin Fah, 50, dari Jalan SS 2/64, 47300, Petaling Jaya.

Menurut kenyataan itu, ketiga-tiga saksi tersebut sangat penting untuk meneruskan kes itu dan polis telah berusaha untuk mengesan mereka sebelum ini namun gagal.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ketiga-tiga saksi itu diminta berhubung terus dengan Cif Insp Wee Bee Seng di talian 012-6690324 atau 03-62742222 sambungan 247. - BERNAMA

Artikel Lain