suria

Underwater World Langkawi Tawar Tiket Murah Untuk Anak Jati Kedah

ALOR SETAR: Underwater World Langkawi Sdn Bhd menawarkan tiket pada harga istimewa untuk anak jati Kedah serta mereka yang bekerja di negeri ini sempena meraikan Hari Keputeraan Sultan Kedah yang ke-84.

Menerusi tawaran tersebut, pelawat dewasa hanya perlu membayar RM10 berbanding RM28 sebelum ini, manakala kanak-kanak berusia antara tiga dan 12 tahun pula dikenakan RM5 berbanding RM18.

Tawaran itu bermula esok sehingga Ahad ini, dan semua pelawat perlu menunjukkan kad pengenalan atau kad pekerja di kaunter tiket sebagai pengesahan, kata pihak pengurusan taman tema tersebut dalam kenyataan, di sini Khamis.

Setiap kad hanya layak untuk satu tiket dan tawaran tidak sah untuk promosi lain serta ejen pelancongan.

Sebarang pertanyaan mengenai tawaran istimewa itu boleh diaju menerusi talian 04-9556100 atau melayari laman Facebook Underwater World Langkawi. - BERNAMA

Artikel Lain