suria

Surat Makluman Pemecatan Hasan Dihantar Kepada Kerajaan Selangor

PETALING JAYA: PAS telah menghantar surat rasmi berhubung pemecatan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali sebagai ahlinya kepada kerajaan negeri itu.

Menurut Harakahdaily, makluman pemecatan itu dibuat menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada pejabat Menteri Besar Selangor pada pukul 2 petang, Rabu.

Surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pula disampaikan melalui faksimili dan penerimaannya disahkan, Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husein.

Pada Ahad lalu, Hasan dipecat sebagai ahli PAS berkuat kuasa serta merta dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat.

Bagaimanapun beliau diberikan peluang untuk mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura dalam tempoh 30 hari dari tarikh pemecatan.

Harakahdaily turut dipetik sebagai berkata, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan berbincang dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim bagi membincangkan calon pengganti Hasan sebagai exco kerajaan negeri itu.

Artikel Lain