Kertas Siasatan Perhimpunan Haram Pelajar Di UPSI Diserah Kepada Pendakwa Raya - Semasa | mStar

Kertas Siasatan Perhimpunan Haram Pelajar Di UPSI Diserah Kepada Pendakwa Raya

IPOH: Kertas siasatan berhubung perhimpunan haram melibatkan kira-kira 70 pelajar universiti di perkarangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, 31 Disember lepas telah diserahkan kepada pihak pendakwa raya baru-baru ini untuk tindakan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata kertas siasatan itu turut memuatkan rakaman percakapan semua individu terlibat.

"Kertas siasatan telah diserahkan kepada pihak pendakwa raya untuk dibuat keputusan...hasil daripada keputusan yang diputuskan kelak barulah kita tahu tindakan susulan yang akan mereka arahkan kepada kita," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini, Khamis.

Pada majlis itu Shukri turut menyampaikan Anugerah Tahunan IPK Perak kepada 15 penerima.

Dalam kejadian 31 Disember lepas, seramai 17 mahasiswa termasuk seorang wanita ditahan kerana menyertai perhimpunan haram anjuran kumpulan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) selepas sambutan ambang Tahun Baru 2012 di UPSI.

Sementara itu, Mohd Sshukri berkata, sempena sambutan Tahun Baru Cina pada 23 dan 24 Januari ini, polis akan mengadakan Ops Sikap selama 10 hari bermula 16 Januari ini.

Polis juga akan meningkatkan rondaan di kawasan-kawasan perumahan pada sambutan perayaan itu nanti, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Kereta MyVi Terbang Atas Van

Artikel Berikut

K'jaan PP Umum Aset Exco

Artikel Berkaitan

Artikel Lain