suria

Kereta MyVi Terbang Atas Van

Orang ramai melihat kereta yang terbabas ke atas sebuah van di Jalan Long Yunus Kota Baru, Rabu.
Orang ramai melihat kereta yang terbabas ke atas sebuah van di Jalan Long Yunus Kota Baru, Rabu.
Orang ramai melihat kereta yang terbabas ke atas sebuah van di Jalan Long Yunus Kota Baru, Rabu.

KOTA BARU: Sebuah kereta Perodua MyVi yang dipandu laju terbabas dan merempuh timbunan pasir di tepi jalan sehingga kenderaan itu 'terbang' sebelum terhempap di atas bumbung van.

Kejadian itu berlaku di hadapan deretan kedai di Jalan Long Yunus di sini pada pukul 7.20 pagi, Rabu.

Saksi kejadian memberitahu, kereta tersebut hilang kawalan sebelum merempuh timbunan pasir di tepi jalan menyebabkan tersebut melayang.

Katanya, dia terjaga dari tidur apabila mendengar bunyi bising di luar kawasan kedai.

"Saya terbangun dan terkejut apabila melihat sebuah van yang diletakkan di sebelah kanan kedai, teralih sedikit ke kiri akibat dihempap MyVi itu," katanya.

Namun, dia berkata, pemandu MyVi itu tidak kelihatan.

Beberapa penduduk yang tinggal berhampiran kawasan kejadian berkata, bunyi bising itu menyerupai sebatang pokok besar yang tumbang.

Artikel Lain