suria

Demo 901:Tiga Bom Dipasang Pakar Bahan Letupan

KUALA LUMPUR: Tiga bom buatan sendiri yang diletupkan pada perhimpunan 'Bebaskan Anwar 901', Isnin lalu dipercayai dipasang oleh individu yang pakar dalam bahan letupan.

Polis membuat kesimpulan tersebut berdasarkan semua bahan bukti seperti jam, bateri dan paip PVC yang ditemui di tempat kejadian, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh.

"Kami percaya bom itu diletupkan untuk menimbulkan huru-haru dan panik di kalangan penyokong pada perhimpunan itu," katanya pada sidang media di ibu pejabat polis Kuala Lumpur.

Artikel Lain