Dua Lelaki Cuba Samun Mati Selepas Berbalas Tembakan Dengan Polis - Semasa | mStar

Dua Lelaki Cuba Samun Mati Selepas Berbalas Tembakan Dengan Polis

KUALA LUMPUR: Dua lelaki yang sebelum itu cuba menyamun seorang wanita di hadapan sebuah bank di Wangsa Maju di sini, Selasa, ditemui mati di dalam sebuah kereta dipercayai akibat terkena tembakan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata suspek sebelum itu berbalas tembak dengan polis dan berjaya meloloskan diri dengan kereta tersebut.

Polis juga percaya ada suspek ketiga yang melarikan diri dari kereta itu yang terbabas dan melanggar sebuah kereta lain di Jalan Madrasah, berhampiran Stesen LRT Putra Taman Melati, tidak jauh dari lokasi berbalas tembak dengan polis, katanya kepada pemberita di sini.

Mengulas kejadian 2.50 petang itu, Ku berkata polis yang menerima laporan cubaan samun menghantar kereta peronda ke kawasan terbabit dan berjaya mengesan sebuah kereta jenis Proton Putra yang berada dalam keadaan mencurigakan.

Polis kemudian mengejar kereta tersebut yang memecut laju sebelum berlaku kejadian berbalas tembak, namun kereta yang dinaiki suspek berjaya lolos daripada pandangan polis.

Katanya tidak lama kemudian polis mendapat laporan kereta jenis yang sama terbabas dan melanggar sebuah kereta lain.

"Apabila kami tiba, kelihatan kereta tadi remuk di bahagian hadapannya serta dua lelaki yang duduk di tempat pemandu dan kerusi penumpang di sebelahnya mati.

"Siasatan yang dijalankan mendapati kereta tersebut merempuh belakang sebuah kereta jenis Vios yang dipandu serang wanita hamil. Bagaimanapun wanita itu tidak mengalami kecederaan," katanya.

Ku berkata saksi juga mendakwa seorang lelaki dilihat melarikan diri dari kereta tersebut dengan menjinjing sesuatu dipercayai senjata api.

"Berdasarkan kad pengenalan yang ditemui di dalam poket suspek pertama berumur 45 tahun itu, siasatan polis mendapati suspek mempunyai 12 rekod jenayah lampau iaitu samun kereta mewah dan rompak bank serta dikehendaki dalam lima kes di ibu negara dan Kelantan.

"Manakala suspek kedua berumur 35 tahun itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah," katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain