suria

Peniaga Di Pasar Datuk Keramat Diutamakan Pindah Ke Keramat Mall

KUALA LUMPUR: Peniaga di pasar Pasar Datuk Keramat tetap diberi keutamaan untuk berpindah ke Keramat Mall seperti perjanjian asal, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

"Jika mereka (peniaga asal) menolak, mungkin kita akan beri kepada peniaga lain. Bagaimanapun proses pemindahan masih dalam perbincangan," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Beliau diminta mengulas kenyataan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) semalam yang menawarkan diri untuk menyelesaikan kemelut dan isu pemindahan peniaga ke pasar itu yang sudah lama tertangguh.

Peniaga-peniaga di Pasar Datuk Keramat sekarang dilaporkan enggan berpindah ke Keramat Mall yang bernilai hampir RM60 dan terletak tidak jauh dari situ, dengan alasan mereka bimbang perniagaan terjejas. Ikhlas juga menawarkan diri untuk menguruskan Keramat Mall kerana mendakwa tidak ada kesungguhan dan kaedah terbaik ditemui oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mengatasi masalah yang sudah berlarutan lebih dua tahun itu. - BERNAMA

Artikel Lain