Keputusan Kes Anwar: Apa Kata Dr M - Semasa | mStar

Keputusan Kes Anwar: Apa Kata Dr M

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, apa yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi Isnin berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya membuktikan satu perkara iaitu tidak pernah wujud sebarang konspirasi untuk memenjarakan Anwar sama ada dahulu mahu pun sekarang.

“Segala-galanya tentang teori konspirasi ini hanyalah pandangan serong Anwar bahawa dia akan disabitkan dengan kesalahan untuk membuat dia hidup sengsara.

“Tetapi keputusan mahkamah hari ini (Isnin) adalah bukti bahawa tidak wujud sebarang konspirasi sebelum atau sekarang untuk mengenakannya,” kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir juga berkata, sebelum ini pun kerajaan pernah kalah dalam beberapa kes di mahkamah termasuklah Umno diharamkan oleh mahkamah.

Ini, kata Dr Mahathir menunjukkan di Malaysia, sistem kehakiman negara adalah bebas dan berkecuali dan tidak ada mana-mana pihak termasuklah kerajaan mahupun pembangkang boleh campur tangan,” katanya lagi.

Artikel Sebelum

Keputusan Kes Anwar : Apa Kata Najib

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel