Ibu Berusia 17 Tahun Antara 12 Ditahan Bantu Siasatan Kes Edar Dadah - Semasa | mStar

Ibu Berusia 17 Tahun Antara 12 Ditahan Bantu Siasatan Kes Edar Dadah

KLANG: Polis menahan 12 suspek termasuk seorang gadis berumur 17 tahun yang baru dua hari melahirkan anak dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM150,000 dalam dua operasi pada Sabtu dan Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop berkata ibu muda itu ditangkap bersama empat lelaki dan dua wanita lain di sebuah unit di Apartmen Vista Indah pada 12 tengah hari, Ahad lepas.

Premis itu dipercayai dijadikan tempat pembungkusan dadah dan polis merampas 11 paket lutsinar mengandungi dadah dipercayai jenis syabu seberat 170.2 gram dan lima paket mengandungi 1,480 biji pil ecstacy seberat 690gram, katanya pada sidang media, di sini, Selasa.

Ujian air kencing ke atas semua suspek yang berumur antara 17 dan 41 tahun termasuk ibu muda berkenaan mendapati mereka positif dadah.

"Siasatan mendapati bayi remaja itu masih berada di hospital," katanya.

Sementara itu, Mohamad berkata polis menahan lima warga Indonesia berumur dalam lingkungan 20 dan 30an di sekitar Jalan Sri Sarawak, Taman Sri Andalas di sini Sabtu lepas, dipercayai terlibat mengedar ganja sekitar Klang.

Katanya mereka ditangkap selepas suspek pertama diberkas do tempat letak kenderaan Jalan Sri Sarawak, Taman Sri Andalas kira-kira 8 malam.

Polis menemui ketulan mampat ganja seberat 950gram pada suspek pertama itu dan siasatan membawa kepada serbuan di sebuah rumah di kawasan sama.

"Di rumah itu polis menahan empat lagi warga Indonesia," katanya menambah kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Hanya Yang Terbaik Akan Menang

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain