Tindakan Pecat Hasan Ali Terlalu Drastik - Nasharudin Mat Isa - Semasa | mStar

Tindakan Pecat Hasan Ali Terlalu Drastik - Nasharudin Mat Isa

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, kehadirannya malam tadi di kediaman rakannya yang dipecat, Datuk Dr Hasan Ali adalah sebagai menyatakan sokongan peribadinya kepada Dr Hasan, yang sentiasa komited memperjuangkan syiar Islam walaupun berdepan pelbagai cabaran dan dugaan.

"Tindakan pimpinan PAS Pusat memecat Dr Hasan merupakan satu tindakan drastik tanpa memberi peluang kepada beliau untuk memberi penjelasan.

"Saya sebagai anggota Majlis Syura Ulama PAS ingin menyatakan bahawa ruang masih ada untuk beliau berkhidmat kepada parti dengan mengemukakan rayuan pemecatan beliau dalam tempoh 30 hari kepada majlis ini," katanya.

Nasharudin juga berharap tidak timbul polemik di kalangan anggota PAS yang menganggap orang yang menyatakan pendapat dalam media pro Umno ingin menjadi anggota Umno.

"Saya harap politik kita lebih matang daripada itu, mesej perjuangan kita harus dikukuhkan agar Islam sentiasa berada di hati kita," katanya lagi ketika ditemui selepas Dr Hasan bercakap kepada para pemberita di kediamannya malam tadi.

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Coklat tumpah, panggil bomba!

Mas Ermieyati sertai Bersatu