"Saya Mengharapkan Yang Terbaik" - Anwar

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap keputusan mahkamah berhubung tuduhan kes liwat terhadapnya dibuat tanpa dipengaruhi mana-mana pihak yang berkepentingan.

"Saya mendoakan yang terbaik, saya harap mereka menghormati kaedah perundangan tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak," katanya kepada para pemberita sebaik sahaja ditemui ketika tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Tinggi di sini pada pagi Isnin.

Terdahulu Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiba di tengah-tengah himpunan kira-kira 5,000 penyokongnya di luar kompleks mahkamah ditemani isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta anak-anaknya pada pukul 8.37 pagi.

Beliau yang memakai kemeja biru sempat melambai tangan kepada ribuan penyokongnya yang berkumpul di luar kompleks mahkamah sejak pukul 6 pagi lagi.

Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan sebentar nanti berhubung dakwaan beliau meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lepas.

Anwar, 64, mengaku tidak bersalah pada 7 Ogos, 2008, meliwat Mohd Saiful, 26, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Ini pertuduhan liwat kedua yang dihadapi Anwar.

Pada 2000, beliau didakwa meliwat pemandu Azizan Abu Bakar.

Anwar dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Makkamah Tinggi, tetapi empat tahun kemudian Mahkamah Persekutuan menolak sabitan itu dan mengetepikan hukuman penjara.

Artikel Berikut

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain