Pengurus Kanan Syarikat Dipenjara Sehari & Denda RM50,000 Kerana Rasuah Pegawai TNB

KUALA LUMPUR: Seorang pengurus pemasaran sebuah syarikat makanan sejuk beku dipenjara sehari dan didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah memberi rasuah RM25,000 kepada pegawai Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Menurut kenyataan media Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin, Hakim Rosbiahanin Arifin menjatuhkan hukuman itu terhadap Cheah Peck Hiong, 40, yang berkhidmat di Syarikat Piau Kee Live & Frozen Seafoods Sdn Bhd dan jika gagal membayar denda itu, dia boleh dipenjara 6 bulan.

Cheah, didakwa telah memberi rasuah wang tunai sebanyak RM25,000 itu kepada pengurus kanan bahagian siasatan dan risikan TNB, Rumaizi Mohd Amin sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas premis makanan sejuk beku itu yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 37(3) Akta Bekalan Elektrik.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Fresh Room Sdn Bhd, Ground floor, Bangsar Shopping Centre 285, Jalan Maarof, di sini pada 24 Mei tahun lepas, pukul 5.40 petang.

Cheah yang diwakili peguam R Babu Naidu didakwa di bawah Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Wong Poi Yoke menjalankan pendakwaan. - BERNAMA

Artikel Berikut

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain