suria

Pemuda PAS Mahu Dr Hasan Ali Terus Perjuang Islam

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia mahu Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat dari parti itu tidak meninggalkan perjuangan Islam jika beliau benar-benar ikhlas. Ketuanya Nasruddin Hassan berkata, situasi Hasan adalah sama seperti Abu Bakar Hamzah yang pernah dipecat kerana membuat kenyataan bercanggah dengan keputusan parti tidak lama dahulu.

"Tetapi beliau (Abu Bakar) tidak lari meninggalkan perjuangan suci ini. Beliau berehat panjang dan akhirnya kembali semula ke pangkuan PAS di penghujung karier dan usianya," kata beliau dalam laman sosial Facebooknya.

Abu Bakar ialah ketua Dewan Pemuda PAS pada era Allahyarham Datuk Mohd Asri Muda menjadi presiden pada 1974 dan pernah juga memegang jawatan setiausaha agung parti.

Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan pemecatan Hasan berkuatkuasa serta merta dari parti berkenaan.

Abdul Hadi berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat PAS Pusat di Kuala Lumpur Sabtu lepas berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan PAS.

Hasan, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Gombak Setia adalah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor.

Artikel Lain