suria

Masjid Wilayah Yang Dikatakan Akan Jadi Tempat Berkumpul Dua Penyokong Tenang, Lengang

KUALA LUMPUR: Suasana di sekitar Masjid Wilayah Persekutuan yang dikatakan akan menjadi tempat ahli-ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) serta Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) untuk berkumpul didapati lengang.

Kedua-dua pertubuhan itu pada awalnya dilaporkan mahu mengadakan program dakwah di masjid tersebut.

Bagaimanapun, pihak polis didapati masih mengawasi persekitaran masjid, terutama di pintu masuk yang berdekatan dengan Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta di mana kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berlangsung.

Dalam pada itu, suara laungan penyokong Anwar di parkir kompleks mahkamah dapat didengari dari luar Masjid Wilayah.

Artikel Lain