suria

Berlaku Kekecohan Bila Kumpulan NGO Bawa Poster, Sepanduk Mahu Bergerak ke Mahkamah

BERGERAK... Sebahagian dari NGO Islam mula keluar dari perkarangan Masjid Wilayah Persekutuan menuju ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta untuk mengecam Kempen Bebas Anwar 901, Isnin.

KUALA LUMPUR: Suasana kecoh berlaku di hadapan Jalan Masjid Wilayah Persekutuan di sini sebaik sahaja gabungan 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) meninggalkan perkarangan masjid dan cuba menuju ke kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Kekecohan mula berlaku sebaik sahaja penyokong 'Bebas Anwar 901' melihat kelibat kumpulan tersebut sambil membawa sepanduk dan poster.

Walau bagaimanapun, kumpulan tersebut terpaksa meninggalkan lokasi selepas 15 minit berkumpul akibat didesak penyokong pemimpin pembangkang itu.

Dikatakan pergaduhan timbul disebabkan kumpulan NGO membawa sepanduk, poster dan kain rentang mengutuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Pihak polis sebelum ini mengenakan syarat supaya mereka yang menyertai perhimpunan tidak membawa sebarang poster atau sepanduk.

Dijangkakan kumpulan penyokong NGO membawa seramai 100 penyokong.

Polis terpaksa menutup pintu pagar Masjid Wilayah untuk menghalang penyokong Anwar daripada masuk selepas kumpulan NGO melepasi pagar tersebut dan masuk ke dalam masjid semula.

Artikel Lain