Lelaki Thai Yang Hilang Di Sungai Golok Ditemui Mati - Semasa | mStar

Lelaki Thai Yang Hilang Di Sungai Golok Ditemui Mati

TUMPAT: Lelaki warga Thai yang hilang di Sungai Golok selepas terjatuh dari bot yang dinaikinya ketika menyeberangi sungai itu semalam, ditemui mati lemas oleh pasukan penyelamat.

Ketua Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor Ahmad Mazdan Jusoh berkata mayat remaja berusia 17 tahun itu ditemui pukul 6.15 petang semalam, kira-kira 30 meter dari tebing sungai di sebelah negara jiran.

"Dia warganegara Thai, kita bantu atas prinsip kerjasama dua negara dan kemanusiaan yang kita amalkan," katanya kepada Bernama, di sini Ahad.

Ahmad Mazdan berkata lapan anggota bomba termasuk tiga dari Unit Skuba dan dibantu Pasukan Gerakan Marin, terlibat dalam operasi mencari yang turut melibatkan pasukan penyelamat dari negara jiran.

Beliau berkata dalam kejadian pukul 10 pagi itu, mangsa dikatakan cuba menyeberangi sungai tersebut yang menjadi sempadan Malaysia-Thailand, untuk memasuki negara ini dengan menaiki sebuah bot tetapi mengalami kekejangan otot dan terjatuh ke sungai sebelum dihanyutkan arus deras.

"Dia dikatakan cuba berpaut pada sebuah tong minyak tetapi gagal dan hilang dari pandangan orang awam yang menyaksikan kejadian itu," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain