suria

Demo 901: Pembangkang Tolak 10 Syarat

PETALING JAYA: Pembangkang menolak sepuluh syarat yang ditetapkan polis kepada penganjur dan penyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika demonstrasi 901 yang dijadual berlangsung Isnin ini.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali berkata, pembangkang hanya akan menerima pakai persetujuan yang dicapai dengan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh dalam mesyuarat yang diadakan pada Jumaat termasuk untuk berhimpun di kawasan letak kereta awam di luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

"Persetujuan itu tidak menyentuh beberapa sekatan yang diumumkan kemudiannya oleh pihak polis," katanya menerusi satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai perkembangan terbaru apabila polis mengenakan sepuluh syarat kepada penganjur demonstrasi 901 setelah menimbang faktor keselamatan dan ketenteraman awam.

Ketua Polis Daerah Sentul ASP Zakaria Pagan dalam satu kenyataan berkata, ia termasuk tidak membenarkan penggunaan risalah dan kain rentang dengan perkataan 'Bebaskan Anwar 901' atau 'Bebaskan Anwar' semasa perhimpunan itu.

Selaian itu beliau berkata penggunaan pembesar suara selain 'loud hailer' tidak dibenarkan. Bagaimanapun, penggunaan dua loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.

Artikel Lain