PM Berlepas Ke Afrika Selatan Hadiri Sambutan Ulang Tahun Ke-100 ANC - Semasa | mStar

PM Berlepas Ke Afrika Selatan Hadiri Sambutan Ulang Tahun Ke-100 ANC

SEPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Sabtu, berlepas ke Afrika Selatan bagi mengadakan lawatan kerja selama dua hari atas jemputan Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma yang juga Presiden Parti Kongres Kebangsaan Afrika (ANC).

Beliau yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor berlepas dari Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada pukul 3 petang.

Turut hadir mengucapkan selamat jalan adalah Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz dan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hassan Malek.

Najib yang pertama kali melawat ke Afrika Selatan adalah antara 46 ketua negara yang akan berhimpun di Bloemfontein, kira-kira lima jam perjalanan dari Johannesburg untuk menyaksikan detik bersejarah sambutan ulang tahun ke-100 parti pemerintah, ANC.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, kehadiran Najib pada sambutan ulang tahun itu melambangkan sokongan Malaysia kepada ANC yang berjuang ke arah pembebasan Afrika Selatan daripada dasar aparteid, yang berjaya dicapai pada 1994.

Sepanjang lawatannya, Najib juga dijangka mengadakan perjumpaan dengan Presiden Zuma serta menerima kunjungan Naib Presiden Kenya, Stephen Kalonzo Musyoko dan Ketua Menteri Wilayah Free State, Afrika Selatan, Sekgobelo Elias Magashule.

Menurut kenyataan itu, Malaysia dan Afrika Selatan mempunyai hubungan akrab yang telah sekian lama terjalin serta bercirikan kerjasama pelbagai bidang.

Afrika Selatan juga merupakan rakan dagang terbesar Malaysia di benua Afrika. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

default image

Najib Bertemu Komponen BN Pahang

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain