300 Penyokong Pakatan Pembangkang Di Sungai Acheh Sertai BN - Semasa | mStar

300 Penyokong Pakatan Pembangkang Di Sungai Acheh Sertai BN

NIBONG TEBAL: Seramai 300 anggota dan penyokong kuat pakatan pembangkang di Sungai Acheh di sini hari ini menyertai Barisan Nasional (BN) berikutan kecewa dengan pembangkang yang gagal menunaikan janji mereka.

Wakil kumpulan itu Musa Ali, 52, berkata mereka yang terdiri daripada anggota PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP di kawasan berkenaan keluar parti kerana tidak sanggup lagi ditipu oleh pimpinan pembangkang.

"Semasa berkempen untuk pilihan raya umum pada 2008 lepas, macam-macam mereka janji, tapi bila sudah menang janji hanya tinggal janji.

"Kami dah bagi mandat untuk memerintah Pulau Pinang tetapi pembangkang tidak dapat melaksanakannya, jadi untuk apa kita nak sokong mereka lagi," katanya kepada pemberita selepas majlis Silaturrahim 1Malaysia di sini, Sabtu.

Pada majlis itu, kumpulan 300 orang berkenaan hadir menyatakan sokongan untuk menyertai BN dan mereka turut berikrar menyokong BN pada pilihan raya umum akan datang.

Turut hadir pada majlis yang diadakan di perkarangan rumah bekas Ketua Ranting RKR Sungai Acheh Ahmad Ibrahim itu ialah Naib Pengerusi BN Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman dan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Acheh Datuk Mahmud Zakaria serta pemimpin tempatan.

Sementara itu, anak Ahmad, Cik Fazilah, 46, yang juga anggota PKR berkata bapanya yang tidak dapat hadir pada majlis itu kerana masih dirawat di hospital kerana penyakit buah pinggang, mahu rakyat Pulau Pinang membuka mata dan melihat kepincangan pakatan pembangkang.

"Dia yang beria-ia mahu majlis ini diadakan di pekarangan rumah kerana kecewa dengan pembangkang yang gagal melaksanakan tanggungjawab mereka," katanya.

Cik Fazilah berkata hanya BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang boleh mentadbir negara dengan adil dan saksama.

Sementara itu, Zainal Abidin, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, berkata BN Pulau Pinang menyambut baik langkah kumpulan berkenaan menyertai parti itu.

Beliau berkata pakatan pembangkang juga nampak semakin tenggelam punca kerana gagal menyelesaikan masalah dalaman sehingga ramai penyokong di peringkat akar umbi mula bosan dengan kerenah pemimpin mereka.

"Tindakan mereka menyertai BN merupakan mesej jelas kepada pembangkang yang menunjukkan pakatan pembangkang gagal mentadbir dengan baik sehingga ramai anggotanya bertindak keluar parti," katanya.

Beliau yakin lebih ramai anggota parti pembangkang di Pulau Pinang akan meninggalkan parti itu dan menyertai BN kerana mereka percaya hanya BN mampu mengubah hidup mereka.

"Ramai yang telah maklumkan kepada saya untuk menyertai BN dan kita akan menganjurkan majlis seperti ini pada masa akan datang dan saya percaya sokongan mereka akan mampu menguatkan lagi BN di Pulau Pinang," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Azmin Dibidas Campuri Urusan Dalaman PAS

Artikel Berkaitan

default image

Najib Bertemu Komponen BN Pahang

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain