suria

Menteri Singapura Lawat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Kebangsaan Singapura, Khaw Boon Wan mengunjungi Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung di sini Jumaat.

Menurut kenyataan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kunjungan tersebut adalah bagi membincangkan isu hubungan dua hala berkaitan perumahan dan perancangan bandar.

"Lawatan ini juga diharap dapat merapatkan hubungan dua hala antara kedua-dua kementerian," kata kenyataan itu. Turut serta dalam kunjungan itu ialah Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur, Ong Keng Yong serta pegawai-pegawai kanan dari kementerian Singapura tersebut. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain