Mengajar Agama Di Masjid, Surau Di Kelantan Perlu Ada Tauliah:MAIK - Semasa | mStar

Mengajar Agama Di Masjid, Surau Di Kelantan Perlu Ada Tauliah:MAIK

KOTA BAHARU: Pihak yang ingin mengajar agama di masjid serta surau di negeri ini perlu mendapatkan tauliah daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Timbalan Yang Dipertua MAIK Datuk Kamaruddin Mat Zin berkata peraturan itu bagi mengelak masjid dan surau disalah guna pihak tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan ajaran yang bercanggah dengan Islam.

Peraturan itu tertakluk di bawah Seksyen 91(1) Enakmen MAIK Bil 4/1994 dan boleh didakwa mengikut Seksyen 117, yang memperuntukkan denda maksimum RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan, katanya kepada Bernama pada Jumaat.

Kamaruddin berkata sebelum ini, terdapat pihak membenarkan mereka yang tidak bertauliah mengajar di masjid dan surau.

"Dengan pengumuman ini, kita harap tiada lagi guru yang tidak bertauliah mengambil kesempatan memperalatkan masjid untuk kepentingan mereka yang tidak bertanggungjawab," katanya sambil menambah MAIK akan membuat pemantauan bagi memastikan peraturan itu dipatuhi semua pihak. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain

Podolski intai peluang bersama JDT