suria

Lampu Isyarat Persimpangan Jalan Ampang/Tun Razak Dimatikan Esok Hingga Isnin

KUALA LUMPUR: Polis akan membuat kawalan lalu lintas di persimpangan Jalan Ampang/Jalan Tun Razak di sini apabila kesemua sistem lampu isyarat di situ akan dimatikan mulai pukul 10 malam Sabtu hingga pukul 5 pagi Isnin.

Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Rusli Mohd Noor berkata sistem lampu isyarat itu akan dimatikan bagi kerja-kerja mengalih lampu isyarat untuk pembinaan jejantas pejalan kaki di persimpangan jalan itu.

Dalam kenyataannya pada Jumaat, Rusli meminta semua pengguna jalan raya agar berhati-hati semasa melalui jalan itu dan memberikan kerjasama kepada anggota trafik yang bertugas. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain