suria

Dua Beranak Maut Dalam Kejadian Langgar Lari Di Lahad Datu

LAHAD DATU: Seorang wanita dan anak lelakinya maut apabila motosikal yang mereka naiki dirempuh sebuah kenderaan dalam kejadian langgar lari di Felda Sahabat 7, Tungku, di sini malam Rabu.

Bilhuda Jailani, 34, dan anaknya Fari Afdar, 7, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Kejadian pada pukul 8.10 malam itu turut menyebabkan suami Bilhuda yang dikenali sebagai Afdar Kalinggalan 40-an cedera parah dan kini dirawat di Hospital Lahad Datu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Supt Shamsudin Mat berkata siasatan awal mendapati ketika kejadian, tiga beranak itu dalam perjalanan dari arah Felda Sahabat ke Lahad Datu.

"Sebuah kenderaan yang belum dikenal pasti merempuh motosikal yang dinaiki tiga beranak itu dari belakang menyebabkan kesemua mangsa yang tidak memakai topi keledar terpelanting ke atas jalan raya," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain