suria

Polis Tahan 43 Penagih Dadah

KUANTAN: Seramai 43 penagih dadah ditahan dalam Ops Tapis Khas di kawasan Lembaga Kemajuan Perikanan Malaysia (LKIM) di sini, Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang Supt Yap Toon Khuan berkata, operasi yang bermula 9 pagi hingga 3 petang itu melibatkan 22 anggota polis yang melakukan pemeriksaan terhadap 75 individu.

Yap berkata mereka yang ditahan terdiri daripada dua warga Myanmar manakala selebihnya adalah warga tempatan yang berumur 24 hingga 54 tahun.

"Mereka yang ditahan ada antaranya nelayan dan orang luar kawasan ini," katanya kepada pemberita di sini Khamis. - BERNAMA

Artikel Lain