suria

Majikan Rasa Terbeban Pekerja Ambil Cuti Panjang Hujung Tahun

PETALING JAYA: Musim cuti akhir tahun mungkin telah berakhir di seluruh dunia tetapi tidak di Malaysia kerana diikuti musim cuti perayaan yang menjadi gelombang kedua cuti umum tahun ini.

Majikan mungkin berdepan masalah produktiviti memandangkan sebahagian besar pekerja dijangka mengambil cuti panjang pada bulan Januari dan Februari.

Rakyat Malaysia menikmati lebih 50 hari cuti, cuti sekolah dan cuti umum negeri, dan tersenarai dalam 10 negara teratas yang mempunyai cuti umum paling banyak.

Ini tidak termasuk sekurang-kurangnya 14 hari cuti tahunan yang dimiliki setiap pekerja.

Lebih buruk untuk majikan pada tahun ini, banyak lagi cuti umum selepas cuti Tahun Baru Cina yang jatuh pada 23 Januari.

Ini termasuklah Hari Wilayah Persekutuan (1 Februari), Maulidur Rasul (5 Februari) dan Thaipusam (7 Februari).

Adalah menjadi perkara biasa bagi pekerja-pekerja di Malaysia menggunakan cuti tahunan mereka, sebelum atau selepas cuti sesuatu perayaan untuk meluangkan masa yang lebih panjang.

Pengerusi Jawatankuasa Industri Kecil dan Sederhana Persekutuan Pekilang-Pekilang (FMM) Malaysia, Tan Sri Soong Siew Hoong berkata cuti umum yang banyak memberi kesan terhadap daya saing dalam perniagaan dan "membuat majikan menangis".

"Saya fikir terlalu banyak cuti umum berbayar bagi sektor swasta. Beberapa sektor masih lagi mahu meminta cuti lebih," katanya.

Soong juga melahirkan rasa tidak puas hati beliau apabila cuti yang jatuh pada hujung minggu dibawa ke hadapan kerana merasakan ianya tidak perlu.

Beliau mencadangkan agar cuti agama diisytiharkan sebagai pilihan peribadi supaya pekerja terlibat dapat merayakannya dan rakan-rakan bergama lain bekerja seperti biasa.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia Shamsuddin Bardan berkata produktiviti akan terjejas jika terdapat hari bekerja di antara tempoh percutian.

Beliau berkata syarikat-syarikat tidak akan dapat beroperasi pada tahap yang optimum kerana kebanyakan pekerja akan mengambil cuti.

"Satu alternatif ialah mengisytiharkan penutupan sepanjang tempoh, jika tidak kos overhed akan menjadi tinggi, "katanya.

Shamsuddin berkata Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan telah menyarankan kepada MEF dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia formula bagi majikan untuk "membeli balik" hari cuti tahunan. Pengerusi Jawatankuasa Persekutuan Persatuan Cina Malaysia Kerk Loong Sing berkata cuti umum yang banyak akan menyebabkan kos pengeluaran yang tinggi secara semula jadi.

"Sudah tentu, cuti terlalu banyak adalah tidak baik. Ia akan menjejaskan produktiviti terutama untuk industri yang tidak mampu untuk menghentikan pengeluaran. Majikan juga perlu membayar gaji yang lebih tinggi untuk cuti umum," katanya.

Walau bagaimanapun, Naib Presiden MTUC, Mohd Roszali Majid tidak bersetuju bilangan hari cuti umum dipotong sebagai kerana "pekerja layak bercuti".

"Ia tidak menjejaskan produktiviti kerana mereka boleh bekerja pada hari cuti umum, jika mereka mahu. Majikan juga boleh menukar cuti tahunan yang tidak digunakan kepada tunai sekali gus meningkatkan pendapatan pekerja.

Artikel Lain