suria

Lima Keluarga Dipindahkan Akibat Tanah Runtuh Di Kinabatangan

KINABATANGAN: Lima keluarga di Kampung Menggaris dekat sini dipindahkan dari rumah mereka hari ini akibat kejadian tanah runtuh di lereng Bukit Mansuri berdekatan kediaman mereka.

Pegawai Daerah Kinabatangan Arisin Arifin ketika dihubungi berkata arahan berpindah dikeluarkan selepas pihaknya mendapati keadaan tidak selamat.

Lima keluarga itu kini tinggal sementara di rumah saudara mereka di kampung itu, katanya.

Beliau berkata pemantauan dilakukan terhadap kejadian itu.

Arisin berkata Pusat Kawalan Operasi Banjir di daerah itu juga dibuka pada waktu bekerja bagi memantau bencana alam terutama banjir.

Katanya paras air sungai Kinabatangan sehingga petang ini meningkat tetapi terkawal.

Menurutnya sebagai persiapan awal menghadapi bencana banjir, anggota Jabatan Pertahanan Awam telah ditempatkan di Kampung Abai sejak 28 Disember lepas. - BERNAMA

Artikel Berikut

AirAsia X Tawar Tambang Murah

Artikel Lain