suria

Pelajar Politeknik Maut Nahas Jalan Raya

KUANTAN: Seorang pelajar Politeknik Kuantan di sini maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah treler di Km 37 Jalan Kuantan-Segamat, malam Isnin.

Ishak Sidek, 23, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan. Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Pahang ASP Zainalabidin Othman berkata dalam kejadian 8.14 malam itu, mangsa dalam perjalanan dari arah Segamat menuju ke Kuantan.

"Tiba di tempat kejadian, mangsa yang tinggal di Felda Keratong 5, Bandar Pusat Jengka itu telah terbabas dan masuk laluan bertentangan.

"Mangsa kemudiannya bertembung dengan lori treler tanpa muatan terbabit secara bertentangan," katanya, di sini, Selasa.

Pemandu lori terbabit, D. Nadarajah, 54, tidak mengalami sebarang kecederaan. Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA

Artikel Lain