suria

Lelaki Ditemui Mati Dalam Kereta

KUANTAN: Seorang lelaki ditemui mati dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi Jalan Kuantan-Gebeng, dekat Pelabuhan Kuantan di sini, Selasa.

Ketua Siasatan Jenayah Polis Daerah Kuantan, DSP Kamaruzzaman Jaafar berkata, mangsa yang belum dikenali itu berusia lingkungan 30an ditemui kira-kira 9 pagi oleh orang awam yang melalui jalan berkenaan.

"Mangsa dilihat berkeadaan tidak sedarkan diri di dalam kereta berkenaan tetapi didapati sudah meninggal dunia semasa polis memeriksa," katanya ketika dihubungi.

Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat dan punca kematian masih disiasat, katanya. - BERNAMA

Artikel Lain