Banjir: Sesi Persekolahan Di Johor Akan Bermula Ikut Jadual - Semasa | mStar

Banjir: Sesi Persekolahan Di Johor Akan Bermula Ikut Jadual

JOHOR BARU: Semua sekolah di negeri ini akan memulakan sesi persekolahan sepertimana yang dijadualkan esok (Rabu) walaupun beberapa tempat dan daerah masih dinaiki air dan diancam banjir.

Pengarah Pelajaran Negeri, Mohd Nor A. Ghani berkata, sebagai permulaan, semua sekolah di negeri ini kini tidak lagi digunakan sebagai pusat penempatan sementara banjir.

“Oleh yang demikian, tidak ada sebab mengapa kita harus meminda jadual persekolahan," katanya ketika dihubungi oleh akhbar The Star.

Beliau menambah, situasi semasa di Johor tidaklah seburuk di Negeri Kelantan.

Mohd Nor juga memaklumkan bahawa tidak ada bangunan sekolah di negeri itu yang rosak teruk akibat banjir atau laluan tersekat kerana dinaiki air.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Johor, Khatijah Abdullah pula berkata, hanya tinggal 209 mangsa banjir yang masih kekal di pusat pemindahan banjir di negeri ini.

“Pusat-pusat yang masih dibuka terletak di Segamat dan kita masih lagi menyalurkan bantuan makanan serta pakaian kepada mangsa-mangsa tersebut,” katanya.

Beliau menjangkakan, semua mangsa banjir berkenaan akan kembali ke kediaman masing-masing dalam beberapa hari lagi bergantung kepada keadaan cuaca.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain