suria

Polis & Orang Ramai Temui Kanak-Kanak Perempuan Dibiarkan Keseorangan Di Rumah

GEORGE TOWN: Bunyi tangisan seorang kanak-kanak perempuan tanpa henti selama lebih 10 jam sehingga ke tengah malam telah mendorong jiran menelefon pihak polis dan mereka akhirnya terkejut apabila menemuinya ditinggalkan keseorangan.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah flat di Jalan Perak di sini. Kanak-kanak itu berusia enam tahun.

Seorang jiran memberitahu, dia mendengar suara tangisan kanak-kanak perempuan itu sejam jam 3 petang Ahad dan tidak henti-henti sehinggalah ke tengah malam.

Ini telah mendorongnya untuk menelefon polis.

Sepasukan polis yang datang bersama kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat kemudiannya telah memecah masuk ke unit flat tersebut dan menemui kanak-kanak itu berada dalam ketakutan.

Terdapat kesan-kesan luka dan lebam pada anggota kanak-kanak tersebut.

Siasatan awal mendapati, dia telah ditinggalkan sendirian oleh bapanya di flat tersebut.

Kanak-kanak itu telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Gan Kong Meng mengesahkan kejadian tersebut.

confirmed the rescue and said an investigation has been initiated.

Ini adalah kejadian kedua dalam tempoh seminggu di mana kanak-kanak ditemui ditinggalkan sendirian oleh keluarga mereka di negeri ini.

Pada 29 Disember lalu, orang ramai dan pihak berkuasa telah menemui dua orang kanak-kanak dirantai di dalam bilik air oleh bapa mereka di Jalan Raja Uda Butterworth, Seberang Perai.

Artikel Berikut

16 Rumah Kedai Hangus

Artikel Lain