suria

Lima Muat Kereta Terjunam Ke Dalam Sungai Di Lahad Datu

LAHAD DATU: Lima terbunuh selepas kereta yang mereka naiki terbabas dan terjunam ke dalam sungai di KM 30, Jalan Sandakan-Lahad Datu, 2.30 petang pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Supt Shamsudin Mat berkata identiti mereka belum dikenal pasti, namun mangsa terdiri daripada dua wanita berusia 48 dan 23 tahun, seorang lelaki berumur 25 tahun, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dan seorang bayi perempuan berumur tujuh bulan.

Kesemua mayat telah dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk dibedah siasat, katanya kepada pemberita, di sini. Shamsudin berkata kejadian berlaku dalam keadaan hujan lebat.

Kereta dari arah Lahad Datu itu dipercayai gagal dikawal sebelum terbabas dan terjunam ke dalam sungai lalu dibawa arus deras kira-kira 200 meter.

Mangsa yang terperangkap di dalam kereta itu dipercayai meninggal dunia akibat lemas, katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

16 Rumah Kedai Hangus

Artikel Lain