suria

Khidmat Bas City Liner Digantung, Penduduk Buat Bantahan

KLANG: Kira-kira 100 orang penduduk Taman Sentosa di sini berkumpul secara aman membantah sambil mendesak kerajaan Selangor yang diterajui PKR mencari jalan supaya City Liner dapat menyambung balik perkhidmatan bas ke kawasan perumahan mereka.

Penduduk berkenaan mendakwa menghadapi kesukaran mencari bas yang mahu berkhidmat di laluan Taman Sentosa-pekan Klang itu sejak Konsortium Transional Bhd (KTB) menggantung khidmat basnya di Selangor pada 13 Dis lepas.

Penyelaras kerusi Parlimen Kota Raja, R.S. Maniam, sebagai wakil penduduk berkata kira-kira 25,000 daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana terjejas dengan tindakan konsortium itu.

"Mereka tidak dapat ke pekan Klang dan tiba pada masa yang dikehendaki bila syarikat bas itu menghentikan perkhidmatannya bulan lepas.

"Berikutan dengan itu beberapa syarikat pengangkutan tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan pula mengikut laluan Taman Sentosa-Klang itu mengambil untung dengan mengenakan tambang berlebihan," katanya kepada pemberita di tempat penduduk mengadakan banthan.

Ketika dihubungi, Pengarah Eksekutif KTB, Tengku Hasmadi Tengku Hashim berkata pihaknya akan berusaha mendapatkan bantuan dana daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat untuk menyambung balik perkhidmatan bas di kawasan berkenaan. - BERNAMA

Artikel Berikut

16 Rumah Kedai Hangus

Artikel Lain