Bapa, Anak Lelaki Mati Lemas Di Pantai Sepat - Semasa | mStar

Bapa, Anak Lelaki Mati Lemas Di Pantai Sepat

KUANTAN: Seorang lelaki mati lemas manakala anak lelakinya yang cuba menyelamatkannya hilang dihanyutkan ombak kuat di Pantai Sepat di sini, Ahad.

Kejadian berlaku kira-kira 2 petang tadi ketika Zubir Othman, 57, dan seorang daripada anaknya bermain bola di pantai itu.

Zubir ditemui mati lemas di tempat kejadian manakala anaknya Ahmad Zuhaimi, 32, seorang juruteknik komputer di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Pekan dihanyutkan ombak ketika cuba menyelamatkan bapanya itu.

Adik ipar Ahmad Zuhaimi, Norazimah Zakaria, 24, berkata ketika kejadian bapa mentuanya dan suaminya Ahmad Zuhaidi sedang bermain bola di pantai berkenaan.

"Bola itu kemudiannya dihanyutkan ombak ke tengah laut dan apabila ayah mentua saya mahu mengambilnya, dia didapati lemas, suami saya cuba untuk menyelamatkannya tetapi gagal akibat ombak kuat.

"Abang ipar saya, Ahmad Zuhaimi bergegas untuk membantu. Suami saya berjaya berenang menyelamatkan dirinya. Bagaimanapun, ayah mentua dan abang ipar saya hilang," katanya kepada pemberita.

Pegawai Operasi Balai Bomba Kuantan Mat Yusoff Hamat berkata pihaknya menerima pangilan kira-kira 2.40 petang berhubung kejadian berkenaan.

"Mangsa (Zubir) berjaya ditemui oleh orang awam, namun telah meninggal dunia di tempat kejadian. Seorang lagi mangsa (Ahmad Zuhaimi) masih belum ditemui setakat ini," katanya.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat melibatkan 16 anggota bomba termasuk empat orang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menggunakan sebuah bot dan dua jet ski dihentikan 7 malam ini dan akan disambung esok. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain