TV Ikim Ke Udara Februari Ini - Semasa | mStar

TV Ikim Ke Udara Februari Ini

KUALA LUMPUR: Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim)akan melancarkan Televisyen Ikim atau TV Ikim pada Februari depan, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan malam ini.

Menurut beliau, TV Ikim itu merupakan alternatif baru bagi menaik taraf sistem penyiaran institut berkenaan pada 2012.

"Saya berharap stesen TV Ikim akan mendapat sambutan dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konsert Malam Apresiasi 2012 di Masjid Wilayah Persekutuan.

Ketika ini, Ikim hanya mengendalikan stesen radio Ikim.fm iaitu saluran 24 jam yang menampilkan rancangan bercorak Islam.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel