suria

Tujuh Maut Kemalangan Ngeri Treler & Dua Kereta Di Manjung

LUMUT: Tujuh maut dalam satu kemalangan ngeri membabitkan sebuah treler membawa muatan tong gas memasak LPG dengan dua buah kereta di Batu 6, Jalan Sitiawan-Lekir lewat malam tadi ketika sambutan ambang tahun baru 2012 diraikan di seluruh negara.

Dalam kemalangan yang berlaku pada 11.30 malam itu, enam mangsa maut di tempat kejadian manakala seorang lagi yang mengalami cedera parah dan berada dalam keadaan kritikal akhirnya meninggal dunia maut pada jam 8 pagi ini di Hospital Seri Manjung di sini.

Menteri Pengangkutan yang juga Anggota Parlimen Lumut, Datuk Seri Kong Cho Ha turut berada di tempat kejadian bagi melihat kerja-kerja mengalihkan treler berkenaan yang turut merempuh ladang kelapa sawit berhampiran.

Polis masih lagi meneruskan siasatan dan mengumpul maklumat di kawasan kejadian.

Artikel Berikut

Amanat PM Sempena Tahun Baru

Artikel Lain