suria

Polis Tahan Lima Lelaki Pandu Dalam Keadaan Mabuk

GEORGE TOWN: Polis menahan lima lelaki secara berasingan kerana menunggang motosikal dan memandu kereta dalam keadaan mabuk dalam Ops Mabuk yang dijalankan di sekitar daerah Timur Laut, di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, semua lelaki itu berusia antara 23 dan 48 tahun itu ditahan dalam operasi yang bermula malam tadi hingga awal pagi ini.

"Tiga daripadanya menunggang motosikal manakala selebihnya memandu kereta dalam keadaan mabuk, kesemuanya di tahan di sekitar George Town di sini," katanya kepada pemberita.

Katanya, mereka telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk direkodkan keterangan dan telah dibebaskan dengan jaminan polis.

"Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan di Mahkamah Trafik pada 5 Jan ini," katanya. -BERNAMA

Artikel Berikut

Amanat PM Sempena Tahun Baru

Artikel Lain