suria

Gempa Kuat Berskala 7.0 Landa Tokyo

TOKYO: Gempa bumi berskala 7.0 telah melanda bandar ini pada Ahad ketika Maharaja Akihito sedang mengetuai sambutan tahun baru dan menyeru rakyat berganding bahu membina semula negara itu yang diancam kehancuran akibat gempa dan tsunami teruk Mac tahun lalu.

Gegaran itu melanda pada tepat jam 2.28 petang waktu tempatan dengan pusat gempa dikesan berlaku 370 kilometer di bawah dasar bumi berhampiran Pulau Torishima lebih kurang 560 kilometer dari sini, kata Agensi Meteorologikal Jepun.

Jabatan Geological Amerika pula meletakkan pusat gempa itu berlaku 348 kilometer di dalam perut bumi.

Masih belum ada laporan mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa atau sebarang ancaman tsunami.

Pada 11 Mac lalu, gempa bermagnitut 9.0 pada Skala Richter telah mencetuskan tsunami di Utara Jepun dan mengorbankan lebih 19,000 mangsa dan menjahanamkan loji tenaga nuklear yang telah mencetuskan kebocoran radiasi paling buruk dalam sejarah dunia selepas Chernobyl.

Artikel Berikut

Amanat PM Sempena Tahun Baru

Artikel Lain